Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan notis pelaksanaan Projek Pembaikan Struktur Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak dan pengosongan bangunan atas sebab keselamatan yang bermula dari tempoh 19 Februari 2018 sehingga 21 Julai 2019.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Perpustakaan PKS akan berpindah sementara sepanjang tempoh tersebut ke 2 lokasi berikut :

Tempat : Kafeteria Lama & Bilik Gerakan Unit Beruniform
(Perkhidmatan peminjaman buku, ruang bacaan dan perbincangan)

Tempat : Makmal Hi-Tech, Aras Bawah Bangunan CISEC
(Perkhidmatan IT, ruang bacaan dan perbincangan)

Untuk makluman juga, Lokasi baharu Bilik Gerakan Unit Beruniform berpindah ke Bangunan Kuarters Pegawai (di laluan EXIT 2) PKS.

Makluman berkaitan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Perhatian semua pelajar dan warga PKS diucapkan jutaan terima kasih.