Tawaran Asrama Sesi Jun 2018, akan mula dikeluarkan pada 25 Mei 2018. Sila semak keputusan tawaran di SPMP i-kamsis. Sekiranya berjaya ditawarkan, sila patuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

1. Pendaftaran tidak akan dilayan sekiranya nama anda tiada dalam senarai tawaran dan syarat-syarat dibawah tidak dipatuhi.

2. Pastikan anda membawa bersama Kad Matrik dan berpakaian sopan semasa mendaftar masuk asrama.

3. Bayaran yuran asrama sejumlah RM 60.00 melalui BANK ISLAM SAHAJA hendaklah dijelaskan.

4. Sediakan sekeping gambar berukuran passport dan muat turun borang pendaftaran Kolej Kediaman di laman web rasmi Politeknik Kuching Sarawak atau di Makluman/Berita Kolej Kediaman SPMP i-kamsis. Sila cetak surat tawaran asrama anda.

5. Kepada yang tidak berjaya anda hendaklah membuat rayuan di dalam i-KAMSIS.

6. Pendaftaran bermula 25-29 JUN 2018 pada waktu pejabat sahaja. Kegagalan anda mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang makluman kepada pihak PENYELIA ASRAMA dianggap menolak tawaran.

 

 

Sekian, harap maklum.                                              

 

PENGURUS ASRAMA

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK