Tahniah dan makluman kepada Graduan yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2016 dan Sesi Jun 2017 bahawa Majlis Konvokesyen PKS Kali ke-26 akan berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak bermula Majlis Raptai pada 7 Ogos 2018 dan diikuti dengan Majlis Konvokesyen pada 8 dan 9 Ogos 2018.

Pendaftaran dan penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Maklumat Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) menu i-Konvo.

Sila lihat MENU MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 PKS di laman web : www.poliku.edu.my bagi info dan link :

1. Maklumat Konvokesyen
2. Link Pendaftaran ke Majlis Konvokesyen ke-26
3. Janaan Surat Jemputan Konvokesyen

Tahniah & Syabas graduan PKS.