joomla vector social icons
images/slider/03.jpg
images/slider/04.jpg
images/slider/05.jpg
images/slider/06.jpg

Hebahan Terkini

 
 
 

Semua pelajar yang telah melapor diri di firma dan mula menjalani LI Sesi Disember 2016 dikehendaki untuk menghantar kad pengesahan lapor diri ke Unit Perhubungan dan Latihan Industri dalam tempoh seminggu dari tarikh lapor diri.
Penghantaran kad pengesahan lapor diri adalah samada melalui faks ke UPLI atau ke email UPLI.

Bagi penghantaran kad pengesahan lapor diri melalui faks, pelajar diminta fotostat kad tersebut terlebih dahulu supaya kelihatan jelas/ mudah dibaca (mengelakkan dokumen yang difaks menjadi gelap memandangkan kedua-dua kad adalah berwarna).
Selepas difotostat, pelajar boleh faks ke UPLI di talian 082-845 587.

Manakala, bagi penghantaran secara email, sila scan dan hantar kad ke email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Pelajar juga boleh memohon bantuan rakan junior yang tidak menjalani LI untuk menghantar kedua-dua kad tersebut ke UPLI.

Pelajar TIDAK DIGALAKKAN KELUAR dari tempat LI semasa waktu bertugas walaupun diberi kebenaran/ kelulusan oleh firma semata-mata untuk menghantar kad Pengesahan Lapor Diri (kunig & pink) ke UPLI.
Adalah memadai ianya dihantar secara pos atau email sahaja.

Bagi salinan original, pelajar boleh pos ke UPLI apabila terdapat masa yang lapang iaitu ketika bukan waktu bertugas, misalnya ketika lunch hour.


Sekian, harap maklum.

Joshua Ribi
Pegawai UPLI PKS

Buletin dan Berita Semasa PKS

Politeknik Kuching Sarawak Naib Johan, Ketiga Kategori IPT Kejohanan Petanque Peringkat Kebangsaan 2017

21 May 2017
Politeknik Kuching Sarawak Naib Johan, Ketiga Kategori IPT Kejohanan Petanque Peringkat Kebangsaan 2017

SANTUBONG, 21 Mei 2017 - Dalam Kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kejohanan Petanque Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dengan kerjasama Badan Kebajikan, Sukan dan Rekreasi - Baksri Politeknik Kuching Sarawak, Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak dan Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak menyaksikan UiTM...

 
 
 

Perkhidmatan Online