sexualfire.org insexmovies.org xssn.net
hdpornmobile.com
moviesporno.net
Realpornfilms.com
pornovidio.biz

Info Unit


Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) bertanggungjawab merancang, mengelola dan melaksanakan latihan bagi staf akademik dan bukan akademik di Politeknik Kuching Sarawak (PKS), demi memastikan pembangunan kompetensi, kecemerlangan dan pembelajaran berterusan staf dapat dipertingkat dengan lebih berkesan dan memenuhi standard.


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005 , DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM
 

Dasar, Objektif Dan Strategi Latihan

Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  1. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;
  2. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi;
  3. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;
  4. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;
  5. Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value– added) di dalam sektor awam;
  6. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan dengan menggunakan strategi-strategi berikut :

  1. Setiap Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan ;

  2. Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing- masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun;


PELAKSANAAN DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 

  1. Sasaran baru mengikuti latihan/kursus bagi setiap pegawai kementerian, jabatan. Politeknik dan agensi di bawahnya ialah sekurang-kurangnya 10 hari setahun mulai tahun 2011.

  2. Sasaran Pencapaian mengikuti latihan/kursus sekurang-kurangnya 10 hari setahun bukan sahaja telah dijadikan sebagai Key Performance Indicators [KPI] ketua-ketua bahagaian/jabatan, tetapi juga akan dijadikan sebagai sebahagian daripada pemarkahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan [LNPT].

OBJEKTIF KUALITI PKS ( KECEMERLANGAN STAF)
 

Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan sekurang-kurangnya 10 hari setahun.

 

Carta Organisasi

Fungsi

FUNGSI

1. URUSAN LATIHAN STAF (POLITEKNIK)

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Politeknik.
  2. Mengelola, mengurus dan menyelaras urusan latihan semua staf Politeknik secara efektif selaras dengan  Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Program Latihan Dalaman.
  4. Mengenalpasti, mengurus dan menghantar staf untuk Latihan Luaran.
  5. Memastikan perlaksanaan Prosedur Kualiti PKS-PK-PS-06 : Perancangan dan Pengurusan Latihan Staf dipatuhi.
  6. Mengurus dan menyelaras aktiviti di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.
  7. Menyimpan dan menyelenggara rekod berhubung latihan staf.
  8. Mengemaskini dan menyelenggara Pangkalan Data Latihan Staf Politeknik  [e-SIS].

2. URUSAN LATIHAN STAF (JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK-JPP)

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah JPP, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, JPP dan Pengarah Politeknik.
  2. Urusetia Bersama Program di Peringkat JPP di bawah kelolaan Bahagian Kecemerlangan Profesional (BKPro), JPP :
  3. Career Path Competency Matrix [CPCM]
  4. Program Peningkatan Kemahiran [PPK]
  5. Sangkutan Industri Pensyarah [SIP]
  6. Skim Hadiah Latihan Persekutuan [SHLP]
  7. Kursus Kepimpinan Instruksional & Pembangunan Andragogi [KIPA]
  8. Kebenaran/Kelulusan Staf mengikuti Pendidikan Jarak Jauh [PJJ]
  9. Pangkalan Data Latihan [e-SIS]

3. URUSAN AKTIVITI LATIHAN KHAS  DI BAWAH PROGRAM TIME SECTOR PRIVATISATION (TSP) BERDASARKAN ARAHAN AKAUN AMANAH LATIHAN KHAS POLITEKNIK

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah JPP, Pengarah Politeknik, Bahagian Perhubungan Industri dan Kebolehpasaran, JPP dan Bahagian Pengambilan Pelajar, JPP.
  2. Membantu Unit Kewangan dalam mengendalikan Akaun Amanah Latihan Khas Politeknik.
  3. Menyelaras Permintaan Kursus Terlanggan (Customized Courses)
  4. Menyelaras Permohonan dan Perlaksanaan Kursus Secara Sambilan.
  5. Menyelaras Perancangan dan Pelaksanaan Kursus Pendek.
  6. Mengurus permohonan fasiliti bagi tujuan latihan khas.


4. URUSAN PENGINAPAN (LODGE) POLITEKNIK

5. MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS YANG DIARAHKAN OLEH PENGARAH POLITEKNIK DARI SEMASA KE SEMASA

  1. Membantu Pejabat Pentadbiran dalam urusan kenaikan Pangkat Skim PPPT terutama berhubung Panduan dan Tatacara Permohonan.
  2. Admin ILA (Sementara) /Moderator Kursus 1MTC Peringkat Politeknik
  3. Tugas-tugas lain dari masa ke masa.

Tab