sexualfire.org insexmovies.org xssn.net
hdpornmobile.com
moviesporno.net
Realpornfilms.com
pornovidio.biz

Info Unit

[ Untuk maklumat lanjut sila layari laman web perpustakaan ]

Pengenalan.
Perpustakaan memainkan peranan yang amat penting dalam membantu institusi untuk mengurus dan memastikan maklumat yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada warga PKS. Perpustakaan PKS beroperasi di sebuah bangunan dua tingkat berhawa dingin dilengkapi dengan kemudahan ruang membaca  buku, akhbar, majalah, jurnal dan sebagainya serta ruang menelaah yang mencukupi.

Selain menyediakan bahan-bahan rujukan, perkhidmatan peminjaman buku, perkhidmatan rujukan pembaca serta khidmat nasihat pencarian maklumat juga disediakan. Usaha sedang dipergiat untuk menambah koleksi bahan-bahan yang sedia ada, di samping bersedia untuk memajukan lagi perkhidmatan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah Perpustakaan Negara Malaysia dan beberapa perpustakaan lain di seluruh negara.

Sejarah
Perpustakaan PKS telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan Politeknik Kuching Sarawak pada tahun 1987. Pada peringkat awal penubuhannya, sebuah pejabat sementara telah dibuka di bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching. Dua tahun kemudian PKS telah berpindah ke tapak bangunan yang baharu iaitu di KM22 Jalan Kuching-Lundu di kaki Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah. Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan 112 ekar.

Pada awal penubuhan, ruang untuk Perpustakaan belum diwujudkan lagi tetapi proses pembelian buku telah dijalankan. Perpustakaan hanya mempunyai bangunan sendiri apabila berpindah ke kampus PKS yang baharu. Pada ketika itu jumlah buku hanya mencecah dua ribu buah sahaja yang merangkumi koleksi buku berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di PKS.

Bagi pengurusan perpustakaan pula, tugas utama ketika itu adalah memproses buku seperti pengkatalogan. Kakitangan yang menguruskan Unit Perpustakaan adalah pensyarah di mana tiada pegawai tetap perpustakaan pada ketika itu sehinggalah pada tahun 1990 seorang pegawai perpustakaan telah mula berkhidmat. Pegawai Perpustakaan  dibantu oleh pembantu rendah am di mana mereka bertugas di Kaunter Perkhidmatan rujukan dan pinjaman. Ketika itu perpustakaan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 2 huingga 4 petang, pada hari Sabtu bermula pada jam 8 pagi hingga 12.45 tengah hari manakala hari Ahad dan cuti umum Perpustakaan ditutup.
Pada 11 April 2007 penyerahan tapak bangunan baru telah diserahkan kepada pihak pengurusan Perpustakaan. Kos pembinaan bangunan ini berjumlah 3.5 billion dan Unit Perpustakaan telah mula berpindah sepenuhnya pada 6 Disember 2010.

Berikut merupakan senarai Ketua Unit Perpustakaan bermula pada tahun 1990 hingga kini:

  1. Encik Bronny Lawrence Nawee (1990-1994)
  2. Encik Hasbullah Bin Mansor (1994-1996)
  3. Encik William Abeng (1996-2002)
  4. Encik Kiprawi Bin Sani (2002-Sekarang)


VISI

Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

MISI
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional.

FALSAFAH
Prasarana berilmu sejajar teknologi terkini.

DASAR PERPUSTAKAAN
Perpustakaan politeknik adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN

  1. Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik.
  2. Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
  4. Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

STRATEGI PELAKSANAAN

  1. Memantapkan tenaga kerja perpustakaan yang kompeten dan berdaya maju
  2. Memastikan keperluan dan kehendak pelanggan dipenuhi.
  3. Menyediakan koleksi dan perkhidmatan yang berkualiti.
  4. Mendukung proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam dan berjanji akan:-

  1. Memberi perkhidmatan peminjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi dalam tempoh satu (1) minit.
  2. Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan.
  3. Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  4. Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali.

Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklum balas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan.

[ Untuk maklumat lanjut sila layari laman web perpustakaan ]

Carta Organisasi

Fungsi

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PKS

Perkhidmatan Perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Pinjaman Dan Rujukan Bahan
    - Terdiri daripada buku-buku di Rak Terbuka (Open Shelf)
  2. Perkhidmatan Rujukan Dan Pembaca/Khidmat Nasihat Pencarian Maklumat
    - Disediakan di kaunter perpustakaan untuk membantu pengguna membuat pencarian maklumat yang diperlukan.
  3. Tempahan/Pembaharuan buku
    - Disediakan untuk buku yang dipinjam oleh pengguna lain dan pembaharuan tempoh pinjaman yang tamat tempoh ( sekali sahaja)
  4. Kesedaran Semasa
    - Mendedahkan masyarakat Politeknik dengan kepelbagaian sumber maklumat terkini.
  5. Sistem Pembekalan Penerbitan
    - Kerjasama perkongsian maklumat dengan perpustakaan di seluruh Malaysia. Pengguna perpustakaan PKS akan dapat memperolehi koleksi bahan dari perpustakaan lain.
    - Pengguna perpustakaan PKS akan dapat memperolehi koleksi bahan dari perpustakaan lain.
  6. Perkhidmatan IT
    - Akses internet yang disediakan secara percuma kepada pengguna. Ia akan membantu pengguna memperolehi maklumat secara pantas dan menjimatkan masa.

WAKTU PERKHIDMATAN


HARI

 

MASA

Isnin-Jumaat

:

8.00pagi - 4.50 petang

Sabtu-Ahad & Cuti Umum

:

Tutup

 

Buku Panduan Perpustakaan

Buku Panduan Perpustakaan

Laman Web Perpustakaan

Laman Web Perpustakaan

Tab